Wednesday, 3 August 2011

Akhlak Tahun 1 - Adab Makan dan Minum

1. Membasuh tangan

2. Membaca doa makan

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka

3. Makan dengan tangan kanan dengan tertib dan tidak gelojoh
4. Membasuh tangan selepas makan
5. Minum air
6. Membaca doa selepas makan

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Maksudnya : Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim.

Peringatan:

Mengisi makanan dan minuman serta makan dan minum itu sendiri hendaklah dengan tangan kanan. Kerana syitan makan dengan menggunakan tangan kiri.

Monday, 1 August 2011

Akhlak Tahun 3 - Menepati Janji


1. Mengucapkan InsyaAllah setiap kali berjanji
2. Berusaha menunaikan janji
3. Mengucapkan Alhamdulillah setelah dapat menunaikan janji

* Memungkiri janji adalah sifat munafik


Tahukah anda?

1. Mentaati janji ialah menunaikan sesuatu yang telah dijanjikan tepat pada waktunya.
2. Mendirikan solat sebagai tanda menunaikan janji kepada Allah 

3. Banyak membaca selawat sebagai tanda menunaikan janji kepada rasul
4. Kita wajib menunaikan janji kepada siapa juga kita berjanji
kepada : guru, ibu bapa, diri sendiri dan orang lain.
5. Orang yang menepati janji dikasihi Allah dan rasul, juga dihormati orang lain.

TUNAIKAN JANJI KEPADA ALLAH, RASUL DAN SESAMA MANUSIA
LAFAZ INSYAALLAH JIKA BERJANJI

Akhlak Tahun 2 - Adab Menjaga Kebersihan

1. Mandi 
2. Menyapu
3. Mencuci Pakaian
4. Tempat ibadah
5. Membuang sampah
6. Bilik Air

KELEBIHAN MENJAGA KEBERSIHAN
1. Dikasihi Allah dan Rasul
2. Disukai ibu dan bapa
3. Disukai guru
4. Disukai rakan dan masyarakat
5. Persekitaran bersih dan selesa

KEBURUKAN TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN
1. Dibenci Allah dan Rasul 
2. Dibenci ibu bapa
3. Dibenci guru
4. Dibenci rakan dan masyarakat
5. Persekitaran kotor dan tidak selesa

KEBERSIHAN DIRI
A. Mandi
B. Gosok gigi
C. Menjaga kebersihan rumah

KEBERSIHAN DI TAMAN PERMAINAN

A. Membuang sampah ke dalam tong sampah
B. Menjaga kebersihan taman

KEBERSIHAN DALAM KELAS 
A. Menyapu
B. Membuang sampah ke dalam tong sampah
C. Menyusun meja dan kerusi

KEBERSIHAN TANDAS
A. Mencuci tandas
B. Membuang tisu ke dalam tong sampah
C. Mengepam tandas setelah digunakan

MEMBACA DOA : Maksudnya : Ya Allah, ya tuhanku, jadikanlah diriku dari golongan orang-orang yang bersih.....

Akhlak Tahun 1 - Adab Membuang Air Kecil dan Air Besar

1. Menutup kepala

2. Lafaz Doa masuk tandas

Maksudnya : Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.

3. Bertinggung
4. Senyap (tidak bercakap)
5. Beristinjak (mencuci)
6. Basuh tangan selepas beristinjak
7. Membaca doa keluar tandas

Segala puji dari Allah yang telah melenyapkan daripadaku apa yang menggangguku dan mengekalkan apa yang bermanfaat buatku.

Akhlak Tahun 1 - Adab Mandi



ADAB MANDI

1. Masuk tandas dimulai dengan kaki kiri
2. Memulakan dengan Bismillah dan membaca doa masuk tandas

بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

Maksudnya : Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.
3. Bersugi/Menggosok gigi.
4. Meratakan air ke seluruh anggota badan
5. Menggosok seluruh anggota badan dengan sabun
6. Mengelap seluruh anggota badan dengan tuala yang bersih
7. Membaca doa keluar tandas

Ertinya:
Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkan aku dan menyihatkan diriku

Akhlak Tahun 1 - Adab Berpakaian

1. Berpakaian sopan dan menutup aurat
2. Membaca Bismillah dan doa memakai pakaian

Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku pakaian ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan upaya dariku.

3. Memulakan dengan yang kanan
4. Kemas
5. Membuka pakaian - baca doa ketika membuka pakaian

Beristinjak

Pengertian istinjak ialah membersihkan qubul (kemaluan hadapan) dan dubur (kemaluan belakang) dengan menggunakan air atau benda-benda kesat sehingga bersih dan suci. Hukum istinjak adalah wajib.

SOALAN : Bagaimanakah beristinjak dengan mengunakan air?
JAWAPAN : Caranya ialah membasuh qubul dan dubur dengan mengunakan air mutlak sehingga suci

SOALAN : Sebutkan alat-alat beristinjak selain daripada air
JAWAPAN : Batu, tisu, daun-daun kering atau benda-bendar kesar

Daun-Daun Kering
Air MutLak
Batu
 Tisu

SOALAN : Jelaskan cara beristinjak dengan menggunakan batu atau benda kesat
JAWAPAN : Caranya ialah menyapu qubul atau dubur dengan menggunakan tiga biji batu atau benda-benda kesat sehingga diyakini suci....