Friday 22 July 2011

BerIman Kepada Hari Kiamat

Assalamualaikum wbt dan Salam Menyambut awal Ramadan....Pejam celik Pejam ceLik dah nak Berpuasa...tak sabar menunggu ketibaan bulan ramadan ni...banyak fadilatNya...

Syukur Alhamdulillah kita masih berkesempatan untuk menghirup udara segar yg Allah rezekikan kpd kita semua. Ini beerti kita masih lagi mampu dan berkuasa melakukan ibadat kepadaNya.

Pada kali ini saya suka ingin berkongsi tentang “Rukun Iman yg ke 5, iaitu Beriman Kepada Hari Qiamat”

Adapun hari qiamat itu pasti akan datang dan berlaku pada suatu hari nanti, bila??. Ianya tidak diketahui oleh sesiapa pun hatta kekasih Allah Junjungan besar Nabi saw juga tidak mengetahuinya. Semuanya itu milik Allah seperti surah alFatihah ayat 4 yg bermaksud ” Allah yang menguasai hari Pembalasan(hari kiamat)”.

Saya ingin menyentuh seimbas lalu/ muqaddimah sahaja tentang Hari Qiamat ini. Iaitu perkara-perkara yang berhubung dengan Hari Kiamat tersebut:

Beriman dengan Hari Kiamat beerti kita percaya akan kepada yang berikut:

1. Mati itu pasti

2. Pembalasan alam kubur, azab atau nikmat

3. Hari kebangkitan setelah dunia ini dihancurkan kesemuanya

4. Padang Mahsyar tempat kesemua manusia dan jin akan dikumpul untuk diadili. teringat kata ustaz masa belajar di sekolah dulu. Kata ustaz bila nak letak nama anak nanti letak yang baik2 dan elok maksudnya. sebab bila di padang mahsyar nanti bila berbaris orang yang namanya memberi maksud yang baik akan berbaris dihadapan. Yang takde makna atau maksud, duduk belakang.. lambatle nak panggil giliran. macam awak periksa juga ada angka giliran kata ustaz.

5. Dihisab/ditimbang segala amalan dan dilakukan neraca timbangan

6. Meniti titian (Sirat) - ada bermacam cara orang yg melalui/melintas sirat ini ada yang laju berlari,yang berjalan perlahan, yang berjalan laju dan ada juga yang merangkak. bergantung kepada amalan masing2. sirat itu pula tajamnya macam mata pedang halusnya umpama rambut dibelah tujuh ya Allah macamana tu ye..

7. ke syurga atau ke neraka

Akhir kata tunggu saya akan berkongsi tentang kejadian tentang Hari Kiamat nanti post akan datang.

1 comment:

  1. Kalau boleh kita gambarkan bagaimana keadaan ketika Hari kiamat subhanallah....semua takut hendak menghadapinya...tapi yang pasti kita tetap akan menghadapinya..samada baik atau tidak shj bergantung kepada bekalan dan amalan yg kita lakukan di dunia...harta yang blh dibawa bersama ialah amal kebajikan....insyaallah mudahlah perjalanan kita di sana kelak...amin...

    ReplyDelete